Kenapa Berat Badan Kita Cepat Naik Selepas Raya?
- Cik Ta
- Jul 18, 2016
- 2 min read
Ketika berpuasa,tubuh kita telah disesuaikan dengan perubahan yang membolehkan kita berlapar dan menahan dahaga.
Bila tiba hari raya khususnya selepas seminggu, tubuh memecah lemak untuk menjana tenaga. Lemak yang dipecahkan ini akan menjadi ‘ketone’ yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh. Ketone juga menghantar isyarat kepada otak untuk membuat kita berasa tidak lapar.
Tubuh sudah mula bertindakbalas untuk menyediakan diri untuk menahan lapar akibat kurang makan dan minum. Proses ini menyebabkan metabolisma badan menjadi perlahan. Lemak juga lambat terpecah kerana kononnya mencatu tenaga agar boleh bertahan lama akibat kurang makanan dan minuman. Ianya adalah tindakbalas normal tubuh manusia.

Kita terlalu banyak makan dari sumber karbohidrat ketika sambutan hari raya.
Antara sumber karbohidrat adalah seperti kek, lemang, nasi minyak, nasi himpit, lontong, kuih-muih, ketupat dan lain-lain.
Karbohidrat yang kita ambil ini akan bertukar menjadi gula dalam badan. Apabila paras gula dalam darah ini naik ianya akan bertindak menghasilkan hormon insulin. Insulin ini pula bertindakbalas dengan menukarkan gula kepada lemak dan akhirnya lemak ini tersimpan kemas dalam tubuh.
Berbalik kepada isu metabolisma rendah kerana berpuasa, penghasilan lemak dan pembakarannya menjadi tak seimbang. Pembakaran lemak sedikit berbanding penghasilan lemak. Lebih-lebih lagi jika mereka yang mempunyai tahap hormon pembakaran lemak yang rendah seperti tiroid, hormon tumbesaran dan glucagon.
Proses pembakaran lemak berpotensi menjadi lebih perlahan.
JANGAN PANIK!!!
Apa Yang Anda Boleh Buat AdalaH..
Strategi pertama :
Hindarkan daripada paras hormon insulin meningkat secara mendadak
Ambil makanan dari sumber protein seperti daging ayam dan ikan. Protein boleh mempertingkat kadar metabolisma tubuh kerana tubuh perlu lebih tenaga untuk mencerna makanan protein berbanding karbohidrat.
Makan makanan dari sumber karbohidrat yang sihat seperti seperti sayur-sayuran ATAU KARBO KOMPLEKS SEPERTI BERAS PERANG DAN ROTI WHOLEMEAL.
Jangan makan terlalu banyak makanan yang berkarbohidrat tinggi.
Pengambilan protein yang lebih juga berpotensi untuk membuatkan kita lebih cepat berasa kenyang dan boleh mengelakkan diri untuk makan banyak.
Hindarkan diri atau berpuasa dari minuman manis. Antara simptom peningkatan paras hormon insulin terlalu tinggi adalah rasa mengantuk selepas makan.
Atau kita boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan berikutnya:

MENGURANGKAN JUMLAH KALORI HARIAN DENGAN DBRICE PLUS.
1.KENYANG
Beras perang sebagai bahan utama memberi anda rasa kenyang lebih lama kerana tenaga dilepaskan sikit demi sedikit.
2. MELANCARKAN PECERNAAN
Gam Arab menjadi makanan bakteria baik dalam usus sekaligus membantu kelancaran pencernaan.
Semua ada kalori kecuali air kosong. Kadang2 ada beberapa makanan tu nampak kecik je, cuma 2 ke 3 keping contohnya.. makan pun tak rasa kenyang tapi kalorinya cukup buat badan kita naik mendadak.
Boleh terus wahtsapp ke 019-2055 329 untuk yg perlukan panduan.
Kommentarer