IBU HAMIL HARUS AMBIL MAKANAN INI DI BULAN PUASA
- Cik Ta
- Jun 9, 2016
- 3 min read
Antara makanan yang terbaik buat ibu hamil yang berbuka puasa:
Ambil 3 biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).
- susu atau yogurt yang rendah lemak.
- sup yang jernih atau ada sedikit ayam dan daging.
- ambil sepinggan salad atau ulam sebagai hidangan pembuka selera.
- protein daripada ayam,daging atau ikan,lentil,kacang pis atau kekacang.
- boleh juga ambil karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijiran penuh dan yang penting banyakkan sayuran.

NOTA : Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat dan pengambilan makanan kurang berkhasiat bagi mengelakkan pelawasan tidak lancar.
Bersahur penting bagi ibu hamil
Bagi mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang jangan tinggalkan sahur kerana untuk membekalkan nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan supaya kekal cergas pada waktu siang. Selain itu mengelakkan kelaparan, sakit kepala dan mengantuk.
Antara hidangan yang sesuai untuk ibu hamil:
~ Nasi beras perang dan roti bijiran penuh dengan kari atau kurma cair.
~bijiran berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak.
~buahan termasuk kurma dan pisang.
NOTA : Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat atau sebu perut.
Antara makanan yang baik untuk ibu mengandung ketika berpuasa ialah:
1. Susu Kambing
Kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan.
2. Susu Rendah Lemak
Memberikan kalsium, vitamin dan mineral yang sama di dalam susu penuh krim tetapi kandungan lemaknya adalah rendah.
3. Delima
Dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Delima juga mengandungi potassium dimana dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Delima juga membantu menghasilkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
Sabda Nabi Muhammad saw,
“ Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalammya” (HR Abu Nu’aim)
4. Pisang
Mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Bagi ibu hamil, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘ morning sickness'.
5. Bayam
Bayam kaya dengan sumber vitamin K, A, C, B2, B6, mangan, folat, magnesium, besi, kalsium dan kalium. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium. Terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangan folat.
6. Alfafa Klorofil
Alfafa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino dan amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K. Alfafa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnyaempat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Alfalfa amat kaya dengan Asid Alfa Lipolik (ALA), Zink, Selenium, Vitamin A, C, E dan mineral lain seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silicon, potassium, mangan, magnesium dan zat besi.
7. Kismis
Nabi Muhammad SAW bersabda:“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
8. Manna
Kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan. Membantu proses gastrointestinal badan. Mengandungi serat yang membantu mengurangkan gas dalam badan. Menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan ia mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Memberi rasa kenyang yang berpanjangan.
9. Kalsium
Kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis, membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
10. Vanila
Khasiat Vanilla adalah menenangkan saraf, membantu mengurangi berat badan dan meningkatkan mood.
11. Stevia
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.
12. Marin Kolagen
Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut.
Uniknya DBRICE PLUS mengandungi nutrisi makanan seperti diatas iaitu Beras Perang, Manna (Gam Arab), Kolagen, Gula Furktosa, Spirulina susu. Dengan secawan DBRICE PLUS anda akan mendapat khasiat yang anda perlukan.


Website : www.dbriceplusnetwork.wix.com/official
Facebook : www.facebook.com/dbrice.plus
Whatsapp : 019-2055 329
Comments