top of page
Search

BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH- Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

  • CikTa
  • Jun 23, 2016
  • 2 min read

Mutiara kata Dari Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (Al-Israa’17:18)

“Barangsiapa nakkan dunia, Kami akan percepatkan bagi…” “Dengan kadar yang Aku mahu, yang aku tentukan…” “Bagi sesiapa yang Aku pilih…”

Kadarnya Allah yang tentukan, siapa yang berhak Allah yang akan beri juga… Alangkah ruginya seseorang yang mengejar kepada dunia… Kalau Allah tidak tidak berkehendak untuk membagi kepadanya… Susah payah cari dunia, tak diberi oleh Allah Subhanahu Wata’Ala… Rugi dunia, rugi Akhirat…

Sebab masanya ketika mencari dunia, sudahlah tak dapat, tak berbuat amal baik… Rugi dunia akhirat… Jadi jangan mendakwa kita mencari dunia, pasti akan dapat…

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (Al-Israa’17:19)

“Dan barangsiapa yang mahukan kepada akhirat, dalam keadaan dia beriman… Beramal untuk mendapatkan akhirat, maka Allah akan memberikan kepadanya ganjaran yang besar…”

Yaasalam, Allah tak bagitahu akan bagi 2 kali ganda “Aku” bagi ganjaran yang besar… Jangan kita guna matematik nak menghitung berapa besar ganjaran yang Allah akan berikan…

Sebab tidak akan mampu matematik manusia untuk menghitung matematiknya Allah Subhanahu Wata’ala…

Jadilah kita orang bijak dengan tawaran dari Allah, Sale dari Allah Subhanahu Wata’ala… Hanya kita perlu, manfaatkan ini umur, yang singkat tadi, yang sikit tadi… Jangan tertipu dengan keduniaan dan jangan tertipu dengan kejayaan orang lain dalam hal keduniaan,

Ini orang yang jayanya keduniaan, matlamatnya keduniaan, kita tak tahu nasibnya di akhirat macam mana…

Jangan terpedaya dengan kejayaan orang dalam hal keduniaan… sebelum kita pastikan kedudukannya di akhirat…

Jadilah kita orang yang berjaya di akhirat…

Itu Hakikat Kejayaan Sebenar…

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |


 
 
 

Commentaires


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page