top of page
Search

4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri

  • Cik Ta
  • May 31, 2016
  • 4 min read
Tulisan oleh :
Zulkifli Damansara Damai 21 Januari 2013 9 Rabiul Awwal 1434

http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html

“Apa bisnes yang bagus untuk bermula? Boleh bagi cadangan tak?” Antara soalan yang susah saya jawab sebab saya pun tak pasti apa bisnes yang sesuai dengan orang bertanya. Bisnes yang terbaik untuk saya, mungkin tak sesuai untuk orang lain. Ia bergantung pada matlamat kewangan, modal, minat, kemudahan yang dia ada dsb. Cuma saya beranggapan, orang yang baru nak buat bisnes ni sekadar nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan buat permulaan. Itu pun dah baik dari tunggu kenaikan gaji hujung tahun.

Sekarang ni peluang bisnes terlalu banyak. Untuk orang baru, saya selalu syorkan bermula sebagai “middle-man” jer dulu. Jadi ejen, dealer, pengedar kepada produk dan servis yang anda sendiri sangat suka dan puas hati. Bisnes konsep macam ni sangat banyak kat luar tu. Setakat nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan dengan modal modal minimum (hatta tanpa modal) sekalipun memang boleh. Ia mampu memperbaiki tahap kewangan kita. At least boleh tambah saving bulanan.

Kami suami isteri pun memang jadi dealer untuk banyak company yang supply produk & servis yang kami rasa memang terbaik. Bukan untuk berniaga, tapi untuk dapat harga diskaun dan memudahkan kami bantu sesiapa sahaja untuk dapatkan produk & servis yang sama. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.Sambil pakai produk, why not buka ‘pintu’ untuk dibayar atas produk yang memang kita suka?

Niagakan Produk Yang Anda Memang Suka

Itu hanya dua contoh macam mana Allah rezekikan kami extra income hanya dengan jadi “middle-man” tanpa modal sebenar, tanpa pening kepala fikir pasal nak hasilkan produk, tanpa perlu berhenti kerja, tanpa buat loan, tanpa kos overhead sebenar, tanpa pening kepala nak cari supplier & simpan stok dsb. Prinsipnya, sambil menyelam minum air. Ada produk yang anda suka, registerlah sebagai dealer dan bantu orang lain dapat manfaat yang sama. Tak perlu menjual, hanya berkongsi dari hati ke hati! Bila kita kongsi dari hati ke hati, kita akan buat dengan seronok tanpa “kecil hati”.

Contohnya, bila saya syorkan emas Public Gold kepada pelabur, saya tahuemas Public Gold adalah yang terbaik untuk pelaburan emas di Malaysia, bukan sebab ‘poket’ saya. Kalau dia beli, dia untung. Kalau dia tak beli, saya tak rugi!

Saya tengok ramai orang masih ‘buntu’ nak buat bisnes apa. Bagi saya, mulakan dulu dengan apa yang terdekat dengan anda. Nanti dah bermula, Allah akan nampakkan banyak peluang untuk buat duit, insyaAllah. Dan hari ni saya nampak terlalu banyak ruang untuk buat duit dengan cara jadi “middleman” ni. Semuanya berkaitan dengan produk & servis yang memang saya sendiri gunakan. Terlalu banyak peluang hinggakan saya perlu buat keputusan bisnes mana yang terbaik untuk saya fokus. Bagi saya, kalau siapa rasa ‘buntu’ macam mana nak buat side income (at least untuk tambah saving bulanan) tanpa perlu kerja part-time, bagi saya dia belum nampak peluang yang memang dah tersedia sekeliling dia.

Jadi nasihat saya;

Langkah #1 : Kenalpasti Produk & Servis Terbaik

Senaraikan apa produk & servis yang anda memang pakai, memang suka, dan anda rasa ianya pilihan terbaik. Produk tu mungkin yang anda memang gunakan tiap-tiap hari di rumah! Dan lagi bagus, anda memang ceritakan produk tu kepada kenalan terdekat walaupun tak dibayar! Macam pergi tengok wayang. Anda suka movie tu, lepas balik anda ceritakan kepada kawan-kawan di pejabat walaupun pawagam tu tak bagi tiket free atas promosi percuma tu!

Langkah #2 : Kenalpasti Peluang & Cara Menjadi Ejen

Kenal pasti apakah ada peluang untuk anda jadi ejen. Paling baik, jadilah ejen kepada syarikat yang kenakan kos minimum (hatta tanpa kos) untuk register sebagai ejen. Pendek kata, kalau ada orang beli, anda dibayar komisyen. Kalau tak ada jualan, anda tak rugi apa-apa! No risk at all!

Dalam mencari peluang pun, jangan simply register dengan sesiapa tapi carilah introducer, dealer, distributor, atau upline yang boleh bagi bimbingan yang betul. At least dia boleh bagi bimbingan yang betul untuk anda lebih faham tentang produk dan cara niagakan produk dengan betul.

Langkah #3 : Hadiri Latihan & Jumpa Orang Berjaya

Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV! Keajaiban hanya akan berlaku bila anda keluar rumah! Ruangkan masa untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan oleh syarikat. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telahpun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka. Kalau anda serius untuk berjaya, Kiyosaki syorkan hadir ke semua perjumpaan mereka untuk tempoh at least 6 bulan! Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner. (rujuk “Bergaul, Cara Cepat Celik Bisnes“)

Minum-minum bersama otai-otai Internet Makerter Malaysia. Banyak ilmu yang saya belajar dari mereka hari tu.

Langkah #4 : Kongsikan Keseronokan Menggunakan Produk

Lepas jadi ejen, jangan duduk diam. Bagi tahu pada kawan-kawan yang anda jadi ejen syarikat. Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, anda boleh BANTU (bukan jual). Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter hatta blog sekalipun. Kongsikan kenapa anda suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup anda lebih baik. Jangan sekali-kali menjual. Saya ulang lagi sekali, jangan menjual. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain… (rujuk “Jadilah Sahabat, Bukan Salesman“)

Itulah empat (4) langkah mudah untuk memulakan bisnes sendiri. Pengalaman menjadi “middle-man” ni insyaAllah akan menjadi asas yang kukuh untuk anda memulakan bisnes yang lebih besar seperti menghasilkan produk & servis sendiri nanti, insyaAllah. Saya yakin, semua orang boleh buat bisnes simple ni. Dengan duit extra RM200 – RM300 sebulan untuk permulaan, at least anda boleh tambahkan duit simpanan tiap-tiap bulan. Ia jauh lebih berbaloi daripada anda tunggu kenaikan 3 keping dinar yang anda simpan sebagai pelaburan! Dan jangan lupa, income tu tak akan kekal RM200 kalau andausahakan dengan sabar. Nanti Allah akan gandakan menjadi RM2,000, RM20,000 bahkan RM200,000 sekalipun! InsyaAllah.

BELAJAR BISNES DENGAN MODAL RENDAH UNTUK LEPASAN SISWAZAH.

Membuka peluang bagi yang ingin menambah pendapat dan belajar berbisnes seterusnya menjana keuntungan.

KELEBIHAN STOKIS/Agen

1. Modah serendah RM280 hingga RM1200. 2. Keuntungan 35% - 58%. 3. Harga pengguna adalah mampu milik (RM38) dan jimat. 4. Mudah dijual kerana pelanggan akan dapat kesan yang SEGERA. 5. Produk keperluan. 6. Pembelian ulangan yang tinggi. 7. Ilmu dalam bisnes, cara marketing, urus database sendri, teknik-teknik akan diturunkan bersama2 group support. Whatsapp group. 8. Alat bantu niaga seperti, flyers, bimbingan untuk buat jualan di FB personal dan testimoni kita akan sediakan. 9. Website diberikan.

Pakej Agent ======== 10 kotak = RM280

Pakej Stokis ========= 100 kotak = RM2400

Sila WHATSAPP sekarang di 019-2055 329


 
 
 

Comments


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page