top of page
Search

Percutian di Rumah Kebun Hulu Langat ini seperti yang di idamkan ramai.

  • Cik Ta
  • May 25, 2016
  • 1 min read

Sempena cuti sekolah akan datang kami nak kongsikan dengan anda tempat percutian best di Malaysia ni.

Terbaru, kami temui satu homestay yang berkonsepkan rumah kebun di Hulu Langat, Selangor. Sesiapa yang cintakan alam sekitar atau suasana hutan yang tenang, anda wajib datang ke sini.

Nak bercuti jauh dari bandar tapi tak tahu ke mana? Ni dia lokasi tempat percutian yang cantik dan mendamaikan buat anda rasa tak nak balik. Entah bila kewujudan Rumah Kebun Resort Hulu Langat, Selangor ni dan seorang kenalan kami telah mengalaminya sendiri keindahan Rumah Kebun. Selain mempunyai swimming pool yang cantik, pengunjung ada pilihan lain untuk bermandi manda di air terjun yang berdekatan. Kalau anda suka dengan suasana taman alam semulajadi, haruslah datang sini. Sangat mendamaikan! Tengok gambar pun dah rasa tak sabar nak pergi terjah.

Tempat yang cantik, bersih dan luas. Yang penting kebun kat sini penuh dengan alam semulajadi. Nak cete panjang pun tak guna, meh kami kongsikan gambar menarik Rumah Kebun Hulu Langat ni.

Suasana bilik nya yang kemas dan berkonsepkan terbuka.

Ruang dapur... duduk lama pun tak sedar, best kan?

Kami suka dengan rekabentuk kolam renang disini.

Selain kolam renang, air terjun pun ada. Betapa berbaloinya bercuti disini.

Menarik kan? Boleh hubungi talian dibawah untuk buat reservation awal.

Rumah Kebun Residence

Kg Sg Semungkis (Batu 14), 43100 Hulu Langat, Selangor

Facebook

www.facebook.com/rumahkebunresidence


 
 
 

Comentarios


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page