top of page
Search

Solatnya terganggu namun akhirnya beliau salah sangka.

  • Puan Noor Laila Aniza Binti Zakaria
  • May 20, 2016
  • 2 min read

" BERSANGKA-SANGKA "

Harini kami pergi servis kereta. Sementara menunggu kereta siap, saya ke surau untuk solat. Suraunya agak terpencil, laluannya kecil dan sedikit gelap.

Di surau wanita, saya solat sendirian. Terasa khusyuk.

Tiba-tiba seorang wanita datang, ketika itu saya mahu rukuk. Dia meluru ke sejadah saya, memijak sejadah saya, hampir melanggar wajah saya. Khusyuk saya terganggu. Hati sy berdebar.Saya teruskan solat. Tidak mengangkat wajah.

Siapa wanita ini? Malaikat mautkah yang menjelma menjadi manusia. Gentar. Jauh saya berfikir. Atau dia org jahat. Saya teruskan solat. Sekali lagi dia lalu di hadapan sejadah saya, lalu lalang ikut suka hatinya. Dan sekali lagi dia pijak sejadah saya dan mahu meluru ke wajah saya.

Allah..sekejap lagi saya akan maklumkan padanya bahawa tidak boleh lalu dengan sengaja di depan orang solat.

Saya teruskan solat. Cuba kembalikan khusyuk. Dan sebelum salam terakhir, tiba-tiba datang lintasan dalam hati, entah-entah dia buta.

Lalu selesai sahaja memberi salam, saya mendongak. Dia wanita muda.Ya. Dia BUTA.

Air mata saya mahu luruh seluruhnya.Macam empangan pecah. Saya tahan. Apa saya perlu buat untuk tebus dosa saya. Berapa saya mahu bayar dia sebagai ganti rugi dosa saya. Sy lalu senyum dalam sebak.memuji Allah. Maha Suci Allah, Benar dia buta. Saya peluk dia, saya minta maaf. Saya kata padanya saya salah sangka. Saya peluk dia lagi. Dia kata tak pa, dia hanya menguntum senyum, dia cari arah kiblat,dia cari sejadah.

Dia wanita muda, cantik, tudung labuh, pakai stoking kaki. Solat awal waktu. Katanya dia datang dgn suaminya, suaminya di surau lelaki. saya minta diri, menjeling surau lelaki. Ya, suaminya keseorangan, sedang menidurkan anak kecil mereka.

Ya Allah. Luluh hati saya. Khusyuk saya terganggu kerana saya sendiri yg tidak khusyuk. saya sendiri yg lemah iman. Bersangka-sangka pada si buta mulia yang mahu solat di awal waktu. Mengapa tidak dari awal sahaja saya fikir, mungkin dia buta, mungkin dia tidak nampak...

Cukuplah bersangka-sangka ini membawa 'sakit' pada hati saya, Cukuplah. Berapa ramai antara kita bnyk bersangka-sangka, banyak salah faham sehingga berkecai hati yang baik.

Ampunkan kami Ya Allah. Astaghfirullah.

Tulisan asal dari Facebook : Puan Noor Laila Aniza Binti Zakaria.

Pakar Motivasi Korporat & Kekeluargaan Jemputan Training korporat/Integriti/Teambuilding/ceramah motivasi/kekeluargaan Hubungi 013-397 3652


 
 
 

Comentários


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page