top of page
Search

Apa kaitan Karbo kompleks dengan Beras Perang?

  • Cik Ta
  • May 19, 2016
  • 1 min read

Beras perang mampu memberikan tenaga yang berganda, cepat kenyang serta kenyang lebih lama.

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar yang merupakan sejenis biji-bijian semula jadi yang lengkap dan ia lebih mahal berbanding beras putih.

Beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih kerana ianya karbohidrat kompleks.

Apa itu Kabohidrat Kompleks?

Karbohidrat kompleks diserap oleh tubuh secara berbeza dengan karbohidrat sederhana. Karbohidrat sederhana seperti beras putih dan roti putih akan meningkatkan kadar gula dalam darah anda dengan cepat, sehingga insulin naik tinggi kemudian menurun setelah beberapa saat berbanding dengan Karbohidrat Kompleks.

Karbohidrat Kompleks terdapat pada Beras Perang.

Kelebihan beras perang

* Beras perang mengandungi mineral magnese. * Ia mengekalkan berat badan yang ideal. * Beras perang mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser. * Boleh menurunkan kolestrol dalam badan. * Sangat baik untuk wanita yang sudah monopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi. * Dapat mengurangkan penyakit kencing manis jenis 2. * Ia mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan fostat. * Beras perang mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Oleh itu, beras perang sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Setiap satu cawan beras perang boleh menyediakan 88% magnesium yang diperlukan oleh tubuh.Mineral ini penting untuk kesihatan sisitem saraf, mengawal paras kolestrol badan selain ia dapat menghasilkan hormon seks.


 
 
 

Comments


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page