top of page
Search

Anda mungkin terkejut selepas mengetahui punca utama mudah lapar.

  • Cik Ta
  • May 18, 2016
  • 2 min read

Mengapa orang mudah lapar dan gemuk?

Zaman serba moden ini manusia semakin tidak mempunyai masa sehingga 'masa untuk gigit makanan pun tiada'.

Tahukah anda kebanyakkan kita tidak menggunakan fungsi gigi dengan betul?

Cuba anda fikirkan semula berapa kali anda mengunyah makanan atau anda kunyah 5 kali dan telan saja.

Mengunyah makanan hingga lumat memang bagus sebenarnya. Ini terbukti dengan kajian moden tentang mengunyah dengan baik akan membuatkan sesaorang memiliki badan yang lebih langsing dan sihat. Betul ke?

Satu kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki China mendapati;

Mereka yang mengunyah makanan dengan lebih lama berbanding yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelan mengalami kadar pengambilan tenaga lebih rendah (kurang 11.9%) untuk makanan yang sama. Bermakna kita dapat kurangkan kalori hanya dengan mengunyah!

Jadi sesiapa yang tak nak gemuk, Kunyah lah makanan betul-betul.

Tempoh mengunyah makanan yang lama membolehkan ia bercampur dengan air liur dengan baik. Ia amat penting kerana air liur membantu melicinkan makanan serta mengurangkan tekanan pada esofagus. Air liur juga mengandung enzim yang menyumbang kepada proses penghadaman.

Ketika mengunyah kadar gula di dalam mulut akan meningkat sehingga menimbulkan rasa kenyang. Hasilnya, nafsu makan menurun dan jumlah makanan tidak banyak. Semakin lama mengunyah maka rasa kenyang akan bertahan lebih lama.

Mengunyah makanan dengan baik dan lama ( 30 hingga 70 kunyahan) akan membunuh bakteria dan parasit dalam pelbagai makanan contohnya, seafood, daging atau ikan.

Akibat dari tabiat tidak mengunyah dengan sempurna, makanan tidak diserap dengan baik. Tubuh mengalami kurang nutrisi sekaligus menambah racun didalam usus akibat sisa makanan yang membusuk kerana sukar untuk dicerna.

Manfaat mengunyah dengan betul;

1. Penyerapan nutrisi dengan baik. 2. Badan menjadi langsing dan sihat. 3. Menahan nafsu makan. 4. Menghilangkan jumlah sisa makanan yang menjadi racun didalam usus.


 
 
 

Commentaires


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page