top of page
Search

Khasiat Beras Perang

  • Cik Ta
  • May 16, 2016
  • 3 min read

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh kisar, sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih. Beras Perang mudah menjadi hapak jika tersimpan lama.

Dahulu beras perang dikaitkan dengan kemiskinan pada waktu perang, ia jarang dimakan kecuali orang sakit, orang tua dan sebagai rawatan untuk sembelit. Beras yang di pandang rendah secara tradisional kini lebih mahal daripada beras putih.

Perbandingan dengan beras putih.

Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, kaborhidrat dan protien yang sama, yang membezakannya adalah cara proses dan kandungan zat. Beras perang terhasil apabila hanya lapis luar benih beras (kulit padi) dibuang. Beras putih pula, lapis-lapis berikutnya di bawah lapis kulit padi iaitu sekam dan germ dibuang.

Sebahagian zat dan mineral seperti Vitamin B1, Vitamin B3, serat, lemak asid dan besi hilang dalam proses ini. Apabila lapis sekam dibuang, minyak pada sekam juga terbuang. Minyak sekam beras dapat bantu mengurangkan kolestrol.

Beras perang juga dikatakan kurang memberikan kesan sembelit daripada beras putih.

Berbanding beras putih, beras perang memerlukan air yang lebih banyak dan masa yang lebih panjang untuk memasaknya. Nasinya peroi, berketul-ketul sedikit keras dan rasanya berbeza berbanding beras putih.

Kewujudan selaput perang ini juga yang majoritinya adalah serat membuatkan Indek glycemic untuk nasi perang adalah lebih rendah berbanding nasi putih, dan amat sesuai buat mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah agar tidak naik terlalu mendadak selepas makan.

Hasil Kajian oleh MARDI,

1. 68% tahu akan kewujudan beras perang, tetapi hanya 40% sahaja yang benar-benar tahu akan kebaikannya dan 34% sahaja yang memakan atau pernah memakannya.

2. Secara keseluruhan, tidak sampai 4% responden yang memakan beras perang setiap hari sebagai sebahagian dari diet harian, dan hanya 10% sahaja yang menikmatinya sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

3. Bangsa Cina lebih kerap makan beras perang (16.3%) berbanding dengan bangsa India (15.6%) dan bangsa Melayu (6% SAHAJA). Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini dalam entri “Statistik Obesiti di Malaysia 2011“, sememangnya di Malaysia bangsa Cina adalah lebih ‘Health Cautious‘ berbanding bangsa-bangsa yang lain.

4. Responden juga diminta memberi pendapat terhadap kesanggupan mereka membeli beras ini pada harga pasaran RM2.80 sekilogram. Hanya kira-kira 20% daripada responden sahaja yang sanggup membelinya pada harga tersebut.

KELEBIHAN

Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

Perlindungan daripada kanser payudara Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

Mengurangkan kolesterol Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

Mengekalkan berat badan seimbang Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis

Membantu penghadaman Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

Mencegah batu karang Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

Mengawal kadar gula dalam darah Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

Makanan bayi yang sempurna Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

Tulang yang sihat Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

 
 
 

Comentarios


 dbrice plus network blog
Pos Terkini
Capaian
Carian Melalui Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

create by dbriceplusnetwork

FOLLOW US

  • Facebook Basic
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon

HUBUNGI KAMI

Talian : 019-2055 329
Email : dbriceplusnetwork@gmail.com
isikan maklumat berkaitan

Success! Message received.

bottom of page