KRONOLOGI DBRICE PLUS
- Cik Ta
- May 15, 2016
- 2 min read

DBRICE PLUS merupakan produk yang berasaskan serbuk beras perang yang bermula dari cetusan idea dan hasrat untuk mengeluarkan satu produk yang mampu menggantikan amalan lazim pemakanan rakyat Malaysia dengan MISI Pemakanan Rendah Kalori serta Mengenyangkan.
Kami mepunyai opsyen lain seperti bijirin oat, malt, dan sebagainya tetapi memandangkan beras perang merupakan satu makanan yang sudah sinonim dengan citarasa penduduk Asia dan tersenarai antara makanan terbaik didunia jadi mengapa tidak kami memilih beras perang sebagai bahan asas untuk diketengahkan.

Seterusnya kami bekerjasama dengan pihak KOOP BERNAS menghasilkan formulasi mengikut tanda aras yang telah ditetapan sejak awal dan ini merupakan cabaran pertama dimana ia berlangsung selama 7 bulan merangkumi nutrisi, rasa, kualiti dan sebagainya.
Walaupun kami amat berpuasati dengan hasl dan keputusan namun persoalannya adakah ia mengikut kehendak dan menepati citarasa orang ramai?
Bagaimana pula kesannya terhadap orang lain yang bakal menjadi pengguna nanti?
Oleh itu bagi memantapkan lagi keputusan, pada September 2015 Fasa 2S iaitu yang pertama Survey dan kedua adalah Sample dijalankan.
Saringan amat penting bagi mengenalpasti pelanggan atau siapakah yang akan menjadi pengguna sebenar DBRICE PLUS?

Kemudian, sebanyak 2000 sachet sampel PERCUMA diedarkan sebagai medium perantaraan kami dengan orang ramai untuk mendapatkan maklumabalas serta hasil yang lebih tepat.
Bertitik tolak dari hasil maklumbalas yang begitu positif, sekali lagi kami membuat satu pendekatan dimana ia bertujuan mendekatkan atau membina hubungan antara DBRICE PLUS dengan audien maka Kotak Pengenalan pada Haga Promosi RM30 telah dilancarkan pada 1 November 2015.

Pelanggan terawal terdiri daripada pengguna sample DBRIC PLUS dan secara tidak langsung ia meningkatkan keyakinan kami terhadap produk ini kearas lebih tinggi.
Setelah meyakini sesi pengenalan yang berlangsung selama 3 bulan ini dapat memasuki pasaran serata Malaysia, fasa seterusnya dijalankan iaitu Fasa Pengenalan harga sebenar pada 3 Febuari 2016. Bukan itu saja, beberapa penambahbaikan telah dilakukan pada kotak seperti saiz, kualiti, design, barcode, tarikh luput dan akhir sekali print bergambar pada sachet.

Sehingga kini terdapat 19 stokis dan beberapa lagi agen yang bekerjasama dengan pihak kami bagi memantapkan lagi pengedaran DBRICE PLUS keseluruh negara.
Bagi menyokong perjalanan perniagaan, kini Website DBRICE PLUS dilancarkan dan akan di duplikasi kepada semua stokis secara berperingkat.
Stokis Dan Agen diperlukan di seluruh negeri

Terima Kasih
Comments